SMK
Ahmad Boestamam telah dibuka pada
3 Jun 1972. Pada awalnya SMK Ahmad
Boestamam dikenali dengan nama
SMK Sitiawan.
Peringkat permulaan SMK Ahmad
Boestamam hanya terdiri daripada
dua buah bangunan (12 bilik darjah),
sebuah bengkel, sebuah asrama
dan sebuah kantin.
Pada 17 Januari 1984, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah meluluskan
nama baru bagi sekolah ini daripada
SMK Sitiawan kepada SMK Ahmad
Boestamam sempena nama seorang
penulis dan ahli politik yang
bernama Abdullah Sani bin Raja
Kecil.
Kini SMK Ahmad Boestamam telah
berkembang pesat dengan mempunyai
5 blok bangunan yang mempunyai
45 bilik darjah, 6 makmal sains,
sebuah bilik kaunseling, bilik
Alat Pandang Dengar (APD) dan
pusat sumber, 3 bilik Kemahiran
Hidup, dewan sekolah, makmal komputer,
3 blok asrama, kantin, dewan makan
asrama serta sebuah surau.
Sehingga
ke hari ini, SMK Ahmad Boestamam
masih terus giat membangunkan
kemudahan serta prestasi pelajar
untuk meletakkannya setaraf dengan
institusi-institusi pendidikan
ternama lain ke arah mencapai
pendidikan bertaraf dunia.
|